“Selamat Ulang Tahun ” (3.05.2013) AuRafm yang ke 2 tahun
“Selamat Ulang Tahun ” (3.05.2013) AuRafm yang kedua tahun Syukur Alhamdulillah kehadrat Ilahi dengan limpah kurnianya segala onak duri di lalui dengan penuh rintangan dapat di harungi Amin Ya Rabbal Alamin ~~ semoga Aurafm terus maju kehadapan dan sukses Mantap 40Juta dengan sokongan dari anda jua,,pendengar yang di kasihi dan di hormati
CaiyOk caiyOk (Y)

Comments
Powered by Facebook Comments
Arena Sukan : Seladang tak sabar ke Ipoh
Ipoh: Jurulatih Perak Mohd Azraai Khor Abdullah (gambar dua dari kanan) yakin pertemuan dengan Johor Darul Takzim (DT), malam esok adalah perlawanan terakhir Seladang di Stadium Lumut.
“Saya dapat lihat ujian dilakukan terhadap cahaya lampu limpah Stadium Perak setiap malam sejak beberapa hari lalu.
“Dari pengamatan saya memang lampunya cukup terang. Saya yakin kami akan bermain di Ipoh semula bermula perlawanan dengan Negeri Sembilan, 3 Mei ini,” katanya yang berharap Stadium Perak berada dalam keadaan terbaik.
Azraai yakin anak buahnya juga sudah tidak sabar beraksi di Ipoh selepas lebih empat bulan membuat perjalanan ke pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berikutan penutupan stadium negeri itu. Justeru itu beliau berharap pemain menutup tirai perlawanan di Lumut dengan nota kemenangan selepas membuat permulaan dengan kejayaan 1-0 ke atas T-Team pada 8 Januari lalu.
“Kami membuka kempen di Stadium Lumut dengan kemenangan dan berharap mampu menutup dengan kejayaan juga.” Azraai berkata, dia akan membawa 20 pemain apabila bertandang ke Lumut, pagi ini kerana tidak mahu mengambil risiko kekurangan pemain akibat kecederaan di saat akhir.
Menurutnya bek kanan, Mohd Syazwan Roslan terpaksa disisihkan selepas mengadu mengalami semula kesakitan selepas turun berlatih kelmarin.
“Walaupun khidmatnya diperlukan, tidak adil bagi pemain itu jika saya mengerah kudratnya meskipun mengetahui dia tidak cukup sihat.
“Biarlah pemain lain memikul tugasnya pula. Kita ada 25 pemain dan setiap anggota pasukan perlu diberikan peluang beraksi.” Selain Syazwan, pemain yang berada dalam senarai kecederaan adalah Muhammad Shahrom Kalam, V Thirumurugan dan Mohamad Hisyamudin Sha’ari.
Comments
Powered by Facebook Comments
Mutakhir : Sami beri ‘nombor ekor lama’
Subang Jaya: Seorang lagi kaki judi ekor menjadi mangsa penipuan ‘sami’ yang kononnya mampu menyediakan nombor ramalan dan kali ini membabitkan kerugian RM27,000.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Kumar, 37, berkata, dia mendapat risalah mengenai ramalan nombor ekor oleh sami itu selepas diberikan adiknya yang menjumpai risalah itu di Shah Alam. Kumar berkata, apabila dia menghubungi sami itu, lelaki terbabit memberitahu sebelum mendapat nombor ramalan mangsa perlu memasukkan RM100 dalam akaun diberikan kononnya untuk keperluan anak-anak yatim. Read the rest of this entry »
Comments
Powered by Facebook Comments
‘Tiada siapa paksa saya’
Kuala Lumpur: “Alhamdulillah, penampilan saya yang kini bertudung dibuat seikhlas hati bukan paksaan mana-mana pihak ataupun dipengaruhi Abby untuk menyertai parti politik.
“Saya berhijrah untuk menutup aurat sekarang atas kerelaan dan keikhlasan hati. Pun begitu, saya memang tidak sangka secepat ini diberikan hidayah oleh Allah untuk berubah.
“Tak dinafikan, abang Norman pun pernah minta saya memakai tudung sebagai hadiah sempena hari jadinya pada Januari lalu. Namun ketika itu saya masih belum bersedia.
“Bagaimanapun abang cukup memahami dan dia juga tidak pernah memaksa saya.
Jadi saya sangat bersyukur kerana akhirnya diberi peluang oleh Allah untuk berubah ke arah kebaikan dengan menutup aurat,” kata pelakon, Memey Suhaiza, 24.
Kata-kata isteri kepada Norman Hakim itu sekali gus menolak dakwaan beberapa pihak yang menuduh perubahannya yang bertudung sejak minggu lalu mengikuti jejak langkah pelakon, Abby Abadi, 34 untuk menyertai PAS.
Comments
Powered by Facebook Comments
SUARA SETEMPAT – KUALA LUMPUR 600 sertai gotong royong UTM
Gotong Royong Perdana dan Kenduri Sekampung, Kolej Kediaman Siswa Jaya (KSJ), Universiti Teknologi Malaysia, Kuala Lumpur telah diadakan pada 16 Disember, 2012.
Idea untuk mengadakan program ini dicetus sendiri oleh Pengetua KSJ, Prof Madya Ahmad Khalid. Pengarah program gotong royong perdana ialah Muhammad Athir Adib Zulfakor.
Program ini turut mendapat kerjasama dari Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) Cawangan Setiawangsa, Wanita Parlimen Setiawangsa, Badan Bukan Kerajaan (NGO), Pejabat Kesihatan Setiawangsa, Alam Flora dan Pejabat Harta Bina, UTMKL.
Program ini diadakan bertujuan membersihkan kawasan persekitaran kolej terutama membenteras wabak denggi, melestarikan persekitaran kolej disamping menyatupadukan warga kolej dengan semangat perpaduan, mengeratkan hubungan sesama mahasiswa serta mendekatkan warga kolej dengan pengetua, felo, staf dan penduduk setempat.
Acara puncak telah bermula jam 7 pagi pada 16 Disember, 2012 dimulakan dengan pendaftaran dan pembahagian nombor untuk acara cabutan bertuah, ucapan Pengetua KSJ dan J-Robik.
Manakala bagi kumpulan memasak yang terdiri daripada penduduk sekitar, staf kolej dan mahasiswa sendiri telah dimulakan sebelah petang pada 15 Disember, 2012 lagi bagi persiapan untuk menyediakan sarapan dan makan tengahari keesokan harinya.
Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Profesor Dr. Hamdani Saidi, Pengarah Kampus, UTMKL pada jam 9 pagi sebaik acara J-Robik tamat. Acara gotong royong bermula jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 12.15 tengahari.
Tidak lupa cabutan nombor bertuah diadakan bagi menarik ramai mahasiswa dan penduduk setempat untuk bergotong royong.
Secara keseluruhannya, mahasiswa yang terlibat di dalam program gotong royong ini adalah seramai 600 orang manakala 200 lagi adalah terdiri daripada penduduk sekitar KSJ, NGO dan Wanita Bahagian Parlimen Setiawangsa.
Sejumlah 20 orang lagi terdiri daipada pegawai UTM/Felo dan Staf KSJ dan UTM turut sama dalam menjayakan program ini.
Pada hari yang sama juga, bermula dari jam 9 pagi hingga 11.30 pagi, Kolej Kediaman Siswa Jaya telah menghantar mahasiswa seramai 23 orang untuk bergotong-royong di Taman Sri Ayu, Setiawangsa di atas jemputan NGO Parlimen Setiawangsa.
Pada 15 Disember, 2012, Kolej Kediaman Siswa Jaya juga telah menghantar mahasiswa seramai 30 orang termasuk pengetua dan felo untuk bergotong-royong di Taman Setapak Jaya bagi membersihkan gerai-gerai lama yang telah dirobohkan DBKL.
Seminggu selepas gotong royong perdana KSJ diadakan iaitu pada 22 Disember, 2012, mahasiswa sejumlah 25 orang bersama pengetua dan felo turut membantu pihak DBKL membersihkan kawasan tempat letak sampah bersebelahan futsal KSJ di mana tempat pembuangan sampah di tutup manakala persekitaran kolam dibersihkan.
Penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak yang menjayakan program ini samada secara langsung atau tidak langsung.
Comments
Powered by Facebook Comments
Advertorial: Mampukah Star Trek Into Darkness Memenuhi Jangkaan?
Kejayaan filem ‘Star Trek’ empat tahun lalu memberi jaminan kepada para Trekkies yang kisah penggembaraan Kapten James T. Kirk dan teman-teman lepasan Akademi Starfleet-nya dapat diteruskan di layar perak. Tetapi pada masa yang sama, kejayaan tersebut bermakna pengarah J.J. Abrams perlu menghasilkan satu kesinambungan yang menjangkau jangkaan pengkritik, penonton serta peminat tegar Star Trek.
Abrams sedar dia perlu meneroka dengan lebih mendalam setiap aspek filem itu dari pengupasan watak dan jalan cerita. Kapal Enterprise perlu diperbesarkan, dimana penonton dapat melihat panjang dan keluasan kapal dari anjungannya ke Turbo Plaza, Med Bay sehinggalah Bilik Transporter. Dunia baru perlu dibina.
Malah untuk membawa kisah ‘Star Trek’ ke sempadan baru, Abrams membuat keputusan merakamkan filem tersebut menggunakan gabungan IMAX dan ‘anamorphic 35mm’ sebelum hasilnya ditayangkan dalam 3D.
Baginya, filem yang dirakam menggunakan IMAX mempunyai kebolehan menarik penonton ke dalam filem tersebut. Belum lagi melihat filem penggembaran angkasa dipersembahkan dalam format sebegini, ia membuka ruang seluas-luasnya untuk dia mencuba. Lebih-lebih lagi cerita Star Trek yang mengetengahkan pertempuran epik, pemandangan memukau planet-planet asing dan aksi-aksi mendebarkan.
“Penggunaan IMAX memberi gambaran betapa besarnya skala cerita itu bukan saja di angkasa tetapi di Bumi dan di atas kapal Enterprise. Ditambah pula beberapa set kami lebih menegak dari mendatar. Kami menggunakannya untuk merakam planet Nibiru di awal filem, planet asal Klingon, Kronos dan di penghujung filem untuk babak kejar-mengejar sekitar bandar San Francisco. Akhirnya kami tetapkan jika ia penggambaran luar, kami akan menggunakan IMAX, dan ‘anamorphic 35′ untuk penggambaran dalam,” jelas Abrams.
Meskipun ‘Star Trek Into Darkness’ sebuah filem imaginasi dan fantasi, Abrams sebanyak mungkin cuba mengurangkan penggunaan skrin hijau dan CG kerana inginkan hasil yang lebih intim dan realistik.
“Tidak mungkin kita dapat menghasilkan sebuah filem dengan judul ‘Star Trek’ dan tidak mempunyai elemen skrin hijau. Tetapi salah satu perkara yang telah kami teruskan dari filem pertama adalah untuk mencari lokasi atau membina set bila perlu untuk menghasilkan sebuah dunia yang rasanya tidak sintetik tetapi benar-benar wujud.
“Namun begitu, apa yang lebih penting adalah untuk menceritakan satu kisah yang menarik dan penuh emosi. Cabaran terbesar Kirk, Spock, Uhura, Bones, Scotty, Sulu dan Chekov bukan saja kuasa jahat yang telah memusnahkan Starfleet tetapi persoalan jika mereka dapat bergantung pada satu sama lain dan sejauh manakah kepercayaan di antara mereka. Dan bagi Kirk, apa yang bermula sebagai satu misi dendam menjadi pencarian untuk maksud sebenar di sebalik gelaran kapten,” ujar Abrams.
Tarikh Tayangan Di pawagam 16 May 2013 (3D)
Comments
Powered by Facebook Comments
Berita Utama Kejutan gigitan Suarez
LONDON: Penyerang Liverpool, Luis Suarez digantung 10 perlawanan oleh Persatuan Bolasepak (FA) Inggeris atas kesalahan melakukan keganasan dengan menggigit pemain pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic.
Suarez menerima pertuduhan melakukan keganasan selepas insiden yang berlaku dalam perlawanan Liga Perdana di Anfield yang berkesudahan seri 2-2, namun mempersoalkan pandangan FA bahawa dia patut digantung lebih daripada 3 perlawanan atas kesalahannya.
Suruhanjaya Bebas yang bersidang di London semalam untuk membuat keputusan mengenai tempoh penggantungan sesuai buat penyerang antarabangsa Uruguay itu menambah tujuh perlawanan sebagai tambahan kepada tiga yang lazimnya dijatuhkan untuk kesalahan melakukan keganasan.
Penggantungan berkuat kuasa serta-merta bermakna Suarez akan terlepas empat aksi perlawanan terakhir dan enam perlawanan pertama liga musim depan.
Liverpool, yang terkejut dengan keputusan berkenaan, mempunyai masa sehingga Jumaat ini untuk membuat rayuan.
Comments
Powered by Facebook Comments
Berita Utama Guru, 2 anak maut
Mersing: “Kali terakhir saya bertemu empat mangsa tiga hari lalu, apabila arwah anak membawakan nasi dan tomyam untuk makan malam bersama sebelum memberitahu mereka semua akan ke Johor Bahru.
“Bagaimanapun, saya tidak menyangka itu kali terakhir saya menemui arwah anak dan dua daripada tiga anaknya sebelum mereka terbunuh dalam kemalangan,” kata Noriyah Imman, 79, ibu Guru Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan Anjung Batu Abd Razak Pid, 44, yang maut bersama dua anaknya dalam kemalangan di Kilometer 33 Jalan Mersing-Kota Tinggi, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian jam 4 petang itu, Proton Iswara dipandu Abd Razak bersama tiga anaknya, Adibah Taqqiah, 14, Afiqah Ihsanniah, 11 dan Alimul Helmi, 9, dalam perjalanan pulang dari Johor Bahru ke Mersing sebelum dipercayai hilang kawalan lalu bertembung sebuah trak tunda.
Akibat pertembungan itu, Abd Razak yang juga duda, Adibah dan Afiqah meninggal dunia di tempat kejadian manakala Alimul Helmi patah tangan kanan dan dikejarkan ke Hospital Mersing untuk mendapatkan rawatan kecemasan.
“Saya tidak sangka itu makan malam terakhir kami ketika dia datang ke rumah saya di Taman Sri Pantai, dekat sini, sebelum mereka maut dalam kemalangan itu. Ketika itu, arwah anak hanya memaklumkan akan ke Johor Bahru untuk menghadiri kursus ditemani tiga anaknya itu.
Comments
Powered by Facebook Comments
Berita Utama Separuh kilang musnah
Kuantan: “Saya lihat sendiri api marak dari rumah berhampiran yang menyambar tempat simpanan kayu kilang,” kata pemilik kilang menjual barangan binaan, Wong Fong Heong, 50, selepas hampir separuh kilangnya musnah dalam kebakaran di Jalan Kuantan-Sungai Lembing, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 11.30 pagi itu, kebakaran disedari seorang pekerja kilang terbabit ketika menuju ke tempat penyimpanan kayu berkenaan.
Menurut Fong, dia terdengar seorang pekerja menjerit meminta tolong dan bergegas keluar untuk memeriksa sebelum melihat api sudah memusnahkan separuh kilang menyebabkan kerugian RM140,000.
Pemilik rumah Eng Lan Heong, 50, berkata, dia tidak tahu punca sebenar menyebabkan rumah didiami bersama dua anaknya itu terbakar kerana mereka sekeluarga keluar ke tokong berhampiran.
“Ketika itu saya bersama anak tiada di rumah dan terkejut apabila menerima panggilan daripada jiran memberitahu rumah saya hangus dijilat api.
Comments
Powered by Facebook Comments
Berita Utama Nyaris maut terperangkap
AMPANG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun hampir rentung selepas rumahnya di tingkat 4 Rumah Pangsa 700 Kencana, di sini musnah dalam kebakaran petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, kanak-kanak berkenaan ditinggalkan di rumah seorang diri selepas ibunya keluar untuk membeli keperluan harian di kedai berhampiran.
Menurut sumber, ketika ditinggalkan, kanak-kanak terbabit dikatakan bermain api menyebabkan bahagian dapur rumahnya terbakar sebelum merebak ke seluruh rumah.
Katanya, menyedari rumahnya terbakar, kanak-kanak berkenaan yang gagal menyelamatkan diri kerana pintu depan dikunci ibunya menjerit sekuat hati meminta tolong sebelum ia didengari jiran yang kemungkinan menghubungi bomba.
“Tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan kanak-kanak terbabit daripada rentung. Bagaimanapun, kanak-kanak itu dipercayai
banyak terhidu asap,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/04/24
Comments
Powered by Facebook Comments

