Archive for the ‘DJ Tuan Rahim’ Category

PostHeaderIcon Motivasi bermula di minda

Fikirkan masa hadapan

Mereka yang berjaya mempunyai visi dan sering memikirkan masa hadapan.  Kebanyakan masa dihabiskan dalam melakarkan visi yang positif di masa hadapan. Kurangkan fikir tentang apa sahaja yang sudah lepas, sama ada kejayaan ataupun kegagalan lepas oleh kerana ia tidak lagi relevan.

Apakah gambaran hidup anda satu, tiga, lima atau sepuluh tahun akan datang? Seringkali lakukan senaman ini oleh kerana mereka yang mempunyai minda positif akan sedia mempunyai jawapan yang jelas kepada persoalan ini.

goal-setting1.png

Punyai matlamat dalam minda Read the rest of this entry »

PostHeaderIcon Renungkan

Jika kita marah kepada seseorang, janganlah sampai tidak nampak lagi kebaikan yang pernah dibuatnya. Dan jika kita suka kepada seseorang janganlah pula sampai kita tidak nampak kelemahannya,

PostHeaderIcon Motivasi Diri

Apabila kita sedar bahawa kelmarin diri kita tidak baik, maka seharusnya pada hari ini kita memperbaikinya. Jangan tunggu hari esok, kerana hari esok adalah sesuatu yang tidak pasti kepada kita semua..

PostHeaderIcon Motivasi Diri

Walaupun kita pernah menghadapi kegagalan dan kesusahan sebelum ini, ia tidak bermakna kita tidak boleh memulakan sesuatu yang baru untuk menebus segala kegagalan dan menukar kesusahan kepada kesenangan.

PostHeaderIcon Aura Manusia

Aura manusia sememangnya ada dan kita sendiri sudah tidak ambil peduli akan bagaimana ia bagus untuk diri kita sendiri. Ia nya seperti tenaga atau energy berkeupayaan boleh berfungsi sebagai shield atau tenaga saluran yang penting pada tubuh kita. Read the rest of this entry »

PostHeaderIcon Senyum itu sedekah

Senyum itu sedekah, maka bersedekahlah sekiranya kita tidak mampu memberi sesuatu yang lebih besar dari senyuman. Senyum itu juga ubat kepada hati yang ‘luka’.

PostHeaderIcon Erti Persahabatan

Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa kecuali diri sendiri.. tetapi dalam kita bersendiri, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.

 

Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat,begitu juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu. Kita cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerang keadaannya. Read the rest of this entry »

PostHeaderIcon Fakta-Fakta Tentang Wanita

1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2.Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3.Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).

4.Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.

5.Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6.Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian. Read the rest of this entry »

PostHeaderIcon Renungan

Apa yang orang anggap dan fikir (negatif) tentang diri kita bukanlah satu kenyataan diri kita sebenarnya. Jangan merendah diri kerana anggapan negatif dan jangan pula sombong kerana pujian. Yakin dan percayalah bahawa kita juga mempunyai satu potensi yang boleh mengubah anggapan negatif itu.

PostHeaderIcon Renungan

Adalah lebih baik memiliki wajah yang hodoh dari lidah yang hodoh kerana wajah yang hodoh tidak mungkin boleh menyakiti hati orang lain tetapi lidah yang hodoh boleh mengeluarkan kata kata yang melukakan…

Log In
Radio AuraFM
Current song: Loading...
Stream title: Loading...
Bit rate: Loading...
Source status: Loading...
Iklan
Hubungi admin untuk mendapatkan sebut harga iklan sementara masih dalam tempoh promosi.
Video AuRaFM
AuRaFM Di Galaksi TV9
Kalendar
May 2013
M T W T F S S
« Apr    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
Sumbangan
Plugin from the creators of Brindes :: More at Plulz Wordpress Plugins